Trip borong China 

Dulu kalau nak beli borong dari China , ramai usahawan kita perlu pergi ke China pilih barang dan urus shipment dari China ke Malaysia. Sebab tu tak semua usahawan mampu nak memborong barangan dari China. Berikut adalah senarai perkara dan kos anggaran yang perlu jika nak pergi memborong di China.

  1. Tiket kapal terbang . Ha yang ni ikutlah kemampuan anda . Air asia paling murah RM 400 pergi balik pun boleh dapat bergantung pada masa anda nak fly la. Destinasi Guangzhou Airport ye.
  2. Visa . RM 200 . Perlu pergi kedutaan China untuk dapatkan Visa ye.
  3. Passport. RM 200
  4. Hotel. RM 600 paling murah pun dapatlah duduk di sana 3 hari 2 malam . Tu pun kalau berkongsi la.
  5. Transport & Makan. Ni ikut lah kemampuan anda dan bergantung kepada mana tempat anda nak pergi.
  6. Duit shopping. Ni pun bergantung kepada apa anda nak beli . Setakat nak shopping bawah RM5K tak berbaloi la kalau nak pegi sana memborong.

Ada perkara best dan tak best kalau pergi ke sana nak memborong.

Yang best :

  • Anda dapat melihat sendiri barangan yang nak diborong
  • Berkenalan dengan pembekal 
  • Dapat juga sambil memborong tu melancong juga

Yang tak best : 

  • Anda perlu rajin berjalan untuk melihat produk . Disana biasanya 1 gedung bertingkat akan jual 1 niche sahaja. Ha memang rambang mata nanti. Nak pilih produk pun sangat leceh. Nanti rasa macam semua nak beli. Contoh gedung baju , semua kedai semua tingkat pun jual baju nanti. Kalau gedung gadget , semua seller jual gadget nanti. So ni makan masa dan tenaga . Kadang 1 hari berjalan pun masih tak dapat decide nak beli dari seller mana.
  • Anda perlu pastikan ada duit RMB yang banyak kalau terus nak memborong banyak ye. Disana kebanyakan seller guna Alipay. Anda kena pastikan tour guide yang bawa anda tu boleh guna Alipay dia bayar seller sana, sebabnya Alipay foreigner tak boleh transfer duit ke Alipay seller China Mainland ye.
  • Nak cari kedai makan halal tak susah pun. Sana ada banyak. Cuma kene dengan selera anda atau tidak je la.
  • Nak pergi sana paling best lepas sikit je dari musim sejuk ye. Sebab kalau musim sejuk, takut tak tahan sejuk. Asyik la rasa nak ke tandas je nanti. Sana tandas mostly tiada bidet paip macam di Malaysia ye. So banyak2 la bawa tisu bekal.

Borong dari China Online je

Sekarang tak susah dah macam dulu. Boleh je borong dari China online je lagi senang. Baring2 atas katil pun dah boleh borong!

Ramai pelanggan kami borong online je senang dan jimat. Di bawah ni kami bagi lubuk borong China online paling top and paling senang. 

1. Taobao.com

Ha kat sini paling senang . Bayar pun boleh online guna FPX online banking dari bank Malaysia pun boleh (CIMB Clicks , Maybank2u , dll ) , Touch n Go pun boleh , Lazada Ewallet pun boleh , Credit Card pun boleh saje. Cumanya part refund tu leceh sikit la sebab kene lalu exchange rate dan pihak ketiga payment provider. Ada pelanggan kami bagi link je pada kami senang, kami belikan terus barang ikut kuantiti yang anda nak guna Alipay kami je. Kalau ada proses refund pun mudah sebab duit refund masuk balik Alipay kami je. Jadi anda hanya berurusan dengan kami je, tak perlu payment provider yang lain. Seterusnya kami uruskan shipment anda juga. Kalau guna shipment international Taobao, takut tersangat mahal pulak kena nanti dan anda perlu belajar cara nak setting dan consolidate shipment international ni nanti.

Taobao borong china

Taobao borong china

2. 1688.com

Ok . seterusnya borong dari 1688.com ni. Ni macam shopee kita jugalah. Harga produk dalam ni lagi murah. Harga di platform ni memang untuk warga China mainland. So tak macam harga international kat Taobao.com tu. Kat platform ni lagi best, dari dropshipper sampai ke kilang semua ada kat sini. Nak custom produk , nak nego harga pun semua kat sini! .. Tapi nak beli dari sini kene belajar la cara cari barang di 1688.com ni, cara nego dengan supplier , cara saring supplier , cara beli dan cara shipment. Biasanya pelanggan kami bagi je link produk pada kami atau bagi gambar pada kami untuk kami sourcing barang tu. Klik sini kalau nak tahu apa itu sourcing ye. Kalau nak belajar sourcing sendiri pun lagi bagus. Boleh je join platform training kami di link sini. Setiap bulan ada kelas boleh join FREE untuk members. Belajar la sampai pandai . 

borong china 1688

borong china 1688

3. Ha kalau nak beli sikit , 1 unit pun ada je lubuk murah online. Di pinduoduo (PDD) . Di pinduoduo ni shipping free je. Tengok barang juga, ada yang memang sangat murah beli di PDD, ada yang lebih berbaloi beli di 1688.com . Ha nak beli untuk guna sendiri pun boleh , nak berniaga modal rendah pun dah boleh sangat. Belajar lagi di app training kami link ini.