Ramai yang tanya kami apa beza 3D Premium Latex VS Super Premium Latex untuk orkid . Disini kami terangkan beberapa perbezaan ye.

Harga : Of course yang Super Premium Latex (SPL) lebih mahal ye . Harga dari RM 14 – RM 45 setangkai . bergantung kepada warna dan saiz orkid.

Kualiti Kelopak : Yang 3D macam kertas nipis dan licin tiada tekstur timbul urat. Yang SPL lebih kesat ada tekstur timbul urat, lembut macam real, nampak moist.

Putik : Lebih kecil, biasa warna hijau solid atau ada coklat sikit dan nampak fake. Yang SPL lebih besar nampak natural real ,warna juga ada solid hijau atau hijau kecoklatan.

 

Batang tangkai : 3D keras dan tidak mudah lentur. SPL lembut boleh dilentur dan mudah balik kepada asal tegak lurus.

 

Warna tangkai : 3D lebih hijau manakala SPL hjau kecoklatan dan Nampak lebih real

Bilangan kuntum : 3D biasanya 9 kuntum manakala SPL pula biasanya 8 kuntum.

Ketahanan : 3D mudah koyak dan merekah jika sudah lama , SPL tahan lebih lama disebabkan materialkelopak dibuat daripada latex kualiti tinggi.

Kolum bunga : 3D biasa berwarna putih , SPL pula biasanya ikut warna orkid yang original

Bibir orkid : Bibir orkid 3D biasanya bertompok , SPL biasanya berjalur macam original